Quantcast
Channel: Universiti Teknologi Brunei
Viewing all articles
Browse latest Browse all 893

Pertandingan Tausyeh Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dan Majlis Penutup ‘EKK Open Week 2016’

$
0
0

Pertandingan Tausyeh Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dan Majlis Penutup ‘EKK Open Week 2016’

26 Mac 2016 - EXCO Keugamaan dan Kerohanian (EKK), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei (MPPUTB) hari ini telah mengadakan pertandingan Tausyeh antara institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) bertempat di Dewan Serbaguna, Fasa 3, Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat di pertandingan tersebut ialah Profesor Madya Dr. Hjh Zohrah binti Hj Sulaiman, Naib Canselor UTB.  Pertandingan ini merupakan acara kemuncak ‘EKK Open Week’ dan disempenakan dengan 30 tahun penubuhan UTB.

Pertandingan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Ini kemudian diikuti dengan persembahan oleh 10 kumpulan yang  terdiri daripada pelajar-pelajar UNISSA, UTB , Politeknik Brunei, UBD dan KUPUSB. Setiap IPT menghantar dua kumpulan yang terdiri dari kumpulan muslimin dan muslimah.

Antara tujuan pertandingan tausyeh ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara IPT lain selaras dengan moto EKK Open Week 2016 iaitu JUARA yang bermaksud Jalinan Ukhuwah Amalan Rasul Allah. Selain dari Pertandingan Tausyeh, beberapa pertandingan lain juga telah dijalankan sepanjang minggu EKK Open Week 2016 yang berlangsung dari 21 hingga 26 Mac 2016 seperti pertandingan Hafazan & Azan antara IPT. Beberapa ceramah juga telah diadakan untuk memupuk kesedaran para pelajar yang telah disampaikan oleh belia Brunei sendiri.

Johan Pertandingan Tausyeh bagi kategori Muslimin ialah Kumpulan Universiti Teknologi Brunei, Naib Johan adalah adalah Kumpulan Universiti Brunei Darussalam dan tempat ketiga ialah Kumpulan UNISSA. Sementara itu, Johan bagi kategori Muslimah adalah Kumpulan Politeknik Brunei, Naib Johan adalah Kumpulan Universiti Teknologi Brunei dan tempat ketiga ialah Kumpulan KUPUSB.

 

IMG-20160326-WA0011 IMG_2404 IMG_2300


Viewing all articles
Browse latest Browse all 893

Trending Articles